25 November 2009

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU DATA

 PERHATIAN !!!!

Kepada semua guru data, seperti anda semua sedia maklum cuti sekolah telah tiba. Oleh itu anda dikehendaki

- Mengemaskini data sekolah anda setiap bulan
- Menggunakan utiliti untuk mengesan ralat dan memperbaiki ralat


Harap Maklum.

29 Oktober 2009

DATA KEPERLUAN TOUCH POINT MENTERI PELAJARAN

Kepada semua guru-guru di daerah Nabawan/Pensiangan,


Sila download file ini DATA KEPERLUAN TOUCH POINT MENTERI PELAJARAN dengan segera. Untuk pengetahuan tuan-tuan/puan-puan, data ini sangat diperlukan untuk digunakan untuk pembentangan KPM di Putrajaya. Diminta guru besar/pengetua mengisi data ke dalam file yang didownload dengan kadar segera sebelum 2 November 2009. File yang telah siap diisi, sila hantar ke emel ini, ppdnbn.unit.ict@gmail.com.

Kerjasama dari pihak tuan/puan amatlah dihargai.

28 September 2009

Pengemaskinian Data EMIS Bagi Bulan November 2009

Perhatian kepada semua guru-guru data. ANDA dikehendaki MENGEMASKINI dan MEMBETULKAN RALAT sekolah anda secara 'online' dengan segera sebelum atau pada 30 November 2009. Sebarang alasan tidak akan diterima. Untuk makluman para guru data, kutipan data bagi bulan November akan digunakan di dalam Anggaran Belanja Mengurus 2010. Kegagalan anda berbuat demikian akan menyebabkan data daerah menjadi lapuk dan tidak sah. Jika anda gagal melaksanakan tugas anda, Guru Besar/Pengetua anda akan dirujuk berhubung dengan perkara di atas.

Jika anda menghadapi masalah login, sila hubungi En. Ernest (Pegawai Maklumat Daerah).


Oleh : En. Ernest HM (Pegawai Maklumat Daerah)

Taklimat Sistem Pemantauan Awal dan Akhir Tahun (dBLAT)

Taklimat Sistem Pemantauan Awal dan Akhir Tahun (dBLAT) akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

                    Tarikh : 30 September 2009 (Rabu)
                    Masa : 8.30 pagi
                    Tempat : Bilik Mesyuarat , SMK Nabawan
                    
Guru Besar/Pengetua diwajibkan hadir ke taklimat ini bersama-sama dengan guru data sekolah bagi membantu guru besar/pengetua  masing-masing. Setiap guru data dikehendaki membawa bersama komputer riba(laptop) dan pendrive.

Oleh : En. Ernest HM (Unit Maklumat dan ICT)

23 September 2009

PERHATIAN KEPADA SEMUA SEKOLAH

Diminta sekolah-sekolah tersenarai di bawah untuk membuat pengesahan terhadap guru guru yang memohon perpindahan antara negeri melalui e-gTukar:

- SK PEKAN NABAWAN
- SK SALIKU
- SMK NABAWAN
- SMK NABAWAN II
- SMK SEPULOT NABAWAN



Pengesahan hanya boleh dibuat oleh guru besar/pengetua, PK1, PK2, PK3 atau Penyelia Petang. Pengesahan hendaklah dibuat sebelum atau pada 30 September 2009.  Guru-guru yang memohon pertukaran( antara negeri, antara daerah dan dalam daerah) dan masih belum menghantar salinan permohonan hendaklah dihantar kepada Unit Pengurusan Sekolah, PPD Nabawan.

Jika ada sebarang pertanyaan, tuan-tuan dan puan-puan boleh menelefon kepada En. Ernest (PPD Nabawan). 

12 September 2009

Pertukaran Guru Antara Daerah, Dalam Daerah dan Antara Negeri


Permohonan Pertukaran Guru 1 September - 30 September 2009
Permohonan pertukaran dibuka sekarang bermula 1 September 2009 hingga 30 September 2009. Pertukaran Antara Negeri hendaklah dibuat secara online melalui perkhidmatan e-Gtukar yang boleh dilayari di alamat http://www.moe.gov.my dan http://apps.emoe.gov.my/epgo/



Pengemaskinian Data EMIS

Kepada semua guru data , sila kemaskini data EMIS sekolah anda pada atau sebelum 30 September 2009.  Pengemaskinian data secara offline tidak dibenarkan untuk mengelakkan ralat. Pemantauan pengemaskinian EMIS sedang dilakukan dari PPD. Jika ada sekolah yang gagal mengemaskini dan memperbaiki ralat, guru data dan guru besar/pengetua akan diberikan surat tunjuk sebab.

Untuk pengetahuan para guru data, login ID tidak diubah tetapi password sekolah berubah. Oleh itu, sekiranya terdapat kesukaran login data sekolah anda, sila telefon kepada Pegawai Maklumat PPD, En. Ernest .



Link ke EMIS Online